Nak share gambar Ebab lagi..supaya sng saya nak tengok perkembangan dan pembesaran dia nanti..hihihi..org share perkembangan anak saya sibuk share perkembangan anak kucing...kikiki..takper lah..anak jugak kan...seronok tgk Ebab yg dah semakin besar dan cerdik ni...Ahad baru ni genap la 2 minggu saya bela Ebab..
Gambar ni dia tidur dalam kotak masa mula2 bela dia..tgk tu siap berselimut lagi tau..mmg Ebab pun suka diselimutkan..tak bergerak dia tidor sampai ke pagi..
tgk tu...eii..geram betul la..dia suka tido terlentang mcm ni..
Kat bawah ni pulak gambar2 selepas hampir 5 hari dia duk dgn kitaorang..dah tak nak dah tido dalam kotak..mana2 pun boleh jadi port tido dia...dah puas bergurau tiba2 tgk dh senyap..rupanya lelap dah...comeyy angat....
Dah pandai panjat atas kerusi sekarang..
tgk tu atas lantai pun jadi..masa ni baru lepas makan..kdg2 tu masa mkn pun dia tertido..tp tak sempat nak ambik gambar time tu..
terlentang lagi...
Ni dah macam superman la pulok..
Beralih fesyen gini pulak..
Seronok tgk gelagat Ebab tido..kdg tu asyik bertukar tukar style tido sampai gedebuk jatuh ke bawah..