Teringin benor nak sebijik mende ni sbb balik kg baru ni tgk mak saya duk guna ni untuk masak macam2 masakan..buat masak stim,panggang,goreng dan bakar kek pun boleh tau tak...apalagi balik sini terus la saya sambar sebijik...nak tau tak ni la hasil pertama dari duit Nuffnang..dah nampak hasilkan...harganya dalam RM129 sebijik..kalau korang nak boleh jer roger2 Kak Atie kawan blogger kita tu...Kak Atie pun ada jual mende ni...pm Kak Atie kat FB ye...
Baru keluar dari kotak tu yg elok benor duk atas katil tu....
KELEBIHAN PENGGUNAAN PEMANGGANG AJAIB
1. Serbaguna –boleh memasak, menumis, memanggang, merebus dan menggoreng.
2. Ringan dan mudah di kendalikan.
3. Menggunakan 2 lapisan non stick di kedua-dua permukaan bahagian dalam supaya makanan tidak mudah hangus atau melekat.
4. Tangkai berpenutup magnet (ketat, rapat dan kedap).
5. Rekabentuk ketahanan kekal dan lingkaran getah disekeliling pemanggang(mengekalkan aroma dan citarasa semulajadi makanan yang dimasak).
6. Mudah dicuci bersih (hanya gunakan span lembut dan sedikit cecair pencuci).
7. Mempunyai lubang wap serta takungan/saluran air dan minyak supaya tidak melimpah kelar.
8. Menjimatkan masa.
9. Mengelakkan pencemaran udara (kurang asap)
10. Selamat dan baik untuk kesihatan (tidak perlu banyak minyak apabila memasak)
11. Mudah untuk dibawa ke mana-mana (ringan dan mempunyai kotak menarik yang bertangkai).
CARA MENGGUNAKAN PEMANGGANG AJAIB
Keluarkan pemanggang dengan tertib daripada kotak.
Cuci pemanggang dengan air yang bersih dan sedikit cecair pencuci.Kemudian lapkan pemanggang sehingga kering.
Letakkan di atas dapur gas dengan membuka penutup pemanggang, kemudian tuangkan sedikit minyak sahaja apabila menggoreng atau menumis.
Tidak perlu menggunakan minyak apabila memanggang. Begitu juga, tidak perlu menggunakan air yang banyak ketika merebus. Nyalakan api yang sederhana dan sedia untuk digunakan.
Pastikan penutup pemanggang ditutup rapat apabila memasak, kerana ianya akan mempercepatkan proses memasak dan juga untuk menghindarkan daripada percikan minyak, air atau masakan yang sedang dimasak.
Semasa memasak atau memanggang, senduk/sudip tidak diperlukan. Anda hanya perlu memusing-musingkan kedua-dua belah permukaan luaran pemanggang di atas dapur tanpa membuka penutup.Anda juga tidak perlu mengacau/ mengaul makanan yang dimasak di dalam pemaggang, sebaliknya hanya perlu menggoyangkan pemanggang ke kiri dan kanan bagi tujuan tersebut.
PERINGATAN!!! Jangan sesekali menggunakan sudu, sudip, senduk atau alatan yang diperbuat daripada stainless steel ataupon BESI bagi tujuan mengacau/ mengaul mahupun mengangkat makanan yang dimasak. Ini akan mengakibatkan lapisan NON STICK pada pemanggang akan terguris dan terkopek. Hanya alatan yang diperbuat daripada NILON, KAYU atau PLASTIK sahaja dibenarkan.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Ni hasil masakan kedua saya guna pemanggang ajaib....yg pertama saya panggang ikan tp tak sempat nak bergambar...pagi tadi buat roti hot dog gulung celup telur guna pemanggang ajaib jugak..tp pagi dah kelam kabut kan mmg tak sempat la nk bergambar...
Resepi...??? saya ambik kat sini....
Tak sempat lagi nak balas jejak..line masya Allah....mmg menguji kesabaran..esok limit broadband dh penuh balik dan esok adalah hari untuk saya bermarathon ke rumah korang semua ye...