Quantcast
Channel: ♥ Fieda ♥
Viewing all articles
Browse latest Browse all 401

Rumpai laut hijau dah siap masak

$
0
0
Salam Jumaat

Nak tgk rumpai laut hijau yg dah siap masak..?mcm kat gambar bawah tu la...warna dia sebijik mcm air tebu..sampaikan budak2 ni semua ingat air tebu...saya masak aritu dapatlah 3 bekas 4 segi kecik ni..saya makan 2 kali sehari pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur...


Dia punya bau mmg takder sgt tp rasa dia mcm biasalah..takkanlah sedap kot...nak sedap masa masak tu kenalah tambah perisa..boleh jer tambah perisa oren ke strawberry ke...hihihi..tp cara saya mkn dgn campurkan dlm minuman lain..saya ambik la sesudu dan campur dalam air oren..pastu buat la mkn mcm nata de coco tu.tak tertelan la pulok kalau makan gitu jer..


Rupa dia sebijik jer mcm agar2....kira agar2 rumpai laut la...oh ye...hampas rumpai laut ni saya buat masker...best la pakai..mcm guna putih telur plk..cepat jer rasa menegang...sebenarnya rumpai laut hijau dan purple lebih kurang jer khasiatnya cuma yg hijau ni klorofil dan kolagen nya tinggi sikit..

----------------------------------------------------------------------------------------

CARA PENYEDIAAN :

1.Sepaket/separuh kolagen mentah perlu dibasuh sebanyak 5 kali sebelum direndam semalaman. 
2.Selepas semalaman, basuh lagi beberapa kali untuk menghilangkan sisa masin air laut atau kotoran melekat lalu ditoskan.
3. Kemudian rebus ia sehingga mendidih (100g + 1.5 liter air).
4. Tapis dan sejukkan dalam beberapa bekas dan simpan di dalam peti sejuk (bukan diruang sejuk beku). Rupa ia bila sejuk seperti jeli/agar2.
5. Ambil beberapa sudu setiap hidangan pada masa pengambilan yang disarankan. Ketahui cara penyediaan lebih lanjut 

CARA PENGAMBILAN:-

- Ambil 2-3 sudu besar kolagen yang disimpan selepas di masak semasa bangun tidur (sebelum gosok gigi) atau setengah jam sebelum sarapan (waktu terbaik kolagen diserap tubuh tika perut kosong) dan sebelum masuk tidur (malam).

- Boleh dimakan begitu sahaja atau dicampur dalam jus minuman/buah untuk memberikan perisa yang enak/lazat.

- Elakkan pengambilan kopi, teh dan minuman yang berkafein/berkarbonat dalam tempoh 3 jam selepas pengambilan. Ini kerana ia boleh menyerap vitamin C, kolagen dan glutathione (agen pencerah) dalam badan kita.

-Perlu perbanyakkan minum air kosong (sekurang-kurangnya 2.5-3 liter sehari) bagi melancarkan pembuangan toksin dan mengoptimumkan penyerapan kolagen oleh badan. 

-Makan 2 kali sehari siang dan malam... tahan untuk permakanan selama 1 bulan ( untuk seorang)



nak lagi sedap campur dalam air soya bean...slurrpppp....

Klik sini untuk lihat rumpai hijau yg belum dimasak dan kesan pengambilannya




Viewing all articles
Browse latest Browse all 401