Tujuan memaparkan gambar ini bkn la berniat utk mengaibkan sesiapa...hanya sekadar utk kita jadikan ikhtibar... malam tadi 9 Mei 2012 sekitar jam 12.30am sya menziarahi jiran sya yg telah dijemput Allah pulang ke rahmatullah... masa sya tiba.. ada beberapa org diluar surau.. dan ada tiga org disini jenazah..dua darinya sedang berbual bertanyakan hal penyebab kematian..yg seorg lagi sedang membaca Yassin...

Selepas memberi salam dan berjabat tgn ..sya terus sedekahkan surahYassin buat arwah.. ketika dua helaian terakhir surah Yassin dibaca sya dapati tiada siapa lagi disisi jenazah mau pun disisi sya.. yg tinggal hanya sya dan Arwah..
Ya Allah... Hanya ENGKAU sahaja mengetahui perasaan ini.. tinggallah jenazah ini tanpa ditemani anak isteri mau pun saudara mara.. sya jadi serba salah.. kalau sya tinggalkan juga ..maka bersendirian la ia..
Tanpa sya sedar airmata ini menitis.. membayangkan keadaan diri sya nanti..adakah yg menemani sya nanti hingga ke kuburan..adakah yg akan menghadiahkan sya surah2 suci buat penenang diri di alam sana...
Sahabatku... benarlah sabda Rasulullah SAW Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya :
"Tiga perkara yang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya akan pulang. Hanya satu sahaja yang akan bersamanya dalam kubur. Perkara tersebut ialah : Kaum kerabat, harta benda dan amalannya. Semua kaum kerabat dan harta bendanya akan pulang, manakala yang kekal bersamanya ialah amalannya "
Apabila kita mati tiada siapa lagi yg akan menemani kita... hanya Amalan yg akan menemani kita.. ayuhlah sahabatku.. kita menginsafi diri kita.. lupakan segala kejahatan yg lama..Allah itu maha pengampun.. kita kembalilah menjadi hambanya yg bertaqwa.. dunia hanya persinggahan , tiada yg kekal diatas muka bumi ini..semuanya pasti akan merasai mati...
Sumber dari FB
----------------------------------------------------------------------------------