Quantcast
Channel: ♥ Fieda ♥
Viewing all articles
Browse latest Browse all 401

Paksa isteri berhubungan seks dengan sepupu berumur 15 tahun

$
0
0
Dunia sudah akhir zaman..macam pelik sangat saya baca berita kat bawah ni..apa sudah jadi..suami sepatutnya melindungi isteri...sudahlah isteri tu awak tu hamil...dipaksa pulak isteri tu melakukan hubungan seks dgn sepupunya yg baru je berusia 15 tahun... 

--------------------------------------------------------------------------------

KANGAR: Seorang suami yang memaksa isteri hamil melakukan hubungan seks dengan sepupunya mengaku tidak bersalah di atas dua pertuduhan yang dikenakan ke atasnya di Mahkamah Sesyen di sini, tadi.

Muka depan Harian Metro dan web myMetro hari ini melaporkan seorang isteri muda berusia 19 tahun menjadi mangsa deraan seksual suaminya yang berusia 22 tahun apabila dipaksa melakukan hubungan seks dengan seorang remaja berusia 15 tahun. 

Dalam kejadian 1 Januari lalu, si suami turut membantu remaja terbabit merogol mangsa yang sedang hamil selain turut merakam aksi hubungan seksnya.

Tertuduh pertama yang juga suami mangsa mengaku tidak bersalah di atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 376 Kanun Keseksaan serta Seksyen 375 Kanun Keseksaan.

Sepupu tertuduh pertama berusia 15 tahun juga turut didakwa dan tidak mengaku bersalah di atas pertuduhan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abdul Rashid Daud.

------------------------------------------------------------------------------------

*mohon dijauhkan dari segala gejala buruk seperti ini...


Viewing all articles
Browse latest Browse all 401

Trending Articles