Quantcast
Channel: ♥ Fieda ♥
Viewing all articles
Browse latest Browse all 401

Sinopsis Drama Ruby TV3

$
0
0
Saya baru layan satu episod malam tadi..gara2 sepupu la dia kata best cite ni...ok la sbb Sharnaaz dalam drama ni watak dia mcm kelakar sikit...tak la macam kebiasaanya asyik watak baran jer kan..seronok sikit tgk slot samarinda sekarang sbb dah dipanjangkan waktu tayangannya ke 1 jam..kalau dulu setengah jam jer..tak puas tgk..malam ni ada lagi...jom la kita sama2 layan...



Drama Ruby yg menggantikan drama Putera Rayyan di Slot Samarinda TV3 bermula pada hari Rabu, 2 Januari 2013 setiap hari Selasa,Rabu dan Khamis. Ruby menampilkan Shaarnaz Ahmad Siti Saleha sebagai pelakon utama... 

Sinopsis 

 Ruby mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Syuhara, seorang anak yatim piatu yang membesar di rumah kebajikan tinggal bersama dua orang kawan baiknya iaitu Anis dan Diana. 

Setelah keluar dari rumah anak yatim, mereka bertiga bekerja di sebuah kilang kosmetik, Empayar Ruby. 

Di situ, Syuhara berkenalan dengan Benjamin yang tinggal bersama ayahnya, Dato’ Kamal dan sangat disayangi oleh neneknya, Nek Mariam. Ben juga mempunyai seorang ibu saudara iaitu Datin Afifah yang tinggal bersama anaknya, Nadia. Datin Afifah bersama-sama Dato’ Kamal menguruskan Empayar Ruby. 

Datin Afifah mempunyai hasrat untuk merampas empayar tersebut. Pada masa yang sama, Nadia menyimpan perasaan cinta terhadap Ben tetapi hati Ben hanya untuk Syuhara. 

Berjayakah Datin Afifah merampas empayar Ruby dan macam mana pulak dengan cinta tiga segi antara Syuhara, Benjamin dan Nadia?



Viewing all articles
Browse latest Browse all 401

Latest Images

Trending Articles