Quantcast
Channel: ♥ Fieda ♥
Viewing all articles
Browse latest Browse all 401

Tonton online bukan kerana aku tak cinta

$
0
0
Baru terjebak dgn cite ni disebabkan tgk ramai benor kwn2 update status fb psl Jebat dan Mastura...Ingatkan cite ape la...rupanya channel Astro Mustika HD utk drama ni saya tak amik  pun ..saya cuma amik channel Astro yg basic je..Jadi saya pun carilah cara untuk tonton online...nk tgk sekali klik link kat bawah...drama adaptasi dari novel semuanya meletop2 kan...




Sinopsis 

Bukan Kerana Aku Tak Cinta mengisahkan seorang lelaki berdarah campuran Melayu-Cina berhijrah selepas melakukan banyak kejahatan sebelum ini. 

Ahmad Ziyad Jebat, dibesarkan keluarga gengster selepas ibu bapanya mati dibunuh. Bagaimanapun, Jebat berubah selepas satu kejadian dan bertemu pula dengan abangnya, Wahab. Ketika berhijrah, tidak pernah terlintas di hatinya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya. Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati menarik hati Mastura iaitu adik ipar majikannya, Uwais. Pelbagai cara dilakukan Mastura untuk menarik perhatiannya sehingga Jebat rimas. 

Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak berputus asa. Jebat tidak pernah menyangka gadis cantik, kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang mempunyai parut di bahagian mata. Selepas berkahwin dengan Mastura, satu persatu rahsia Jebat terbongkar. 

Dapatkah Mastura menerima Jebat selepas mengetahui suaminya dulu bekas gengster, kaki judi, minum arak, kaki perempuan dan segala macam kejahatan pernah dilakukan Jebat? Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta sarat dengan konflik menyentuh perasaan. 

Kisah seorang cucu Tan Sri yang tergila-gilakan bekas ketua gengster menjadi paparan, bagaimanapun konflik mereka dilihat lebih menarik apabila diterjemahkan. 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 401

Trending Articles