Tentunya ada ramai antara anda yang pernah berhadapan dengan masalah sinki tersumbat. Sebelum memanggil tukang paip untuk membaikinya, lebih baik anda cuba beberapa langkah di bawah terlebih dahulu untuk menyelesaikan masalah ini. ia bukan sahaja mudah, tetapi juga menjimatkan wang anda.
1. Keluarkan semua air yang bertakung di dalam sinki dengan menggunakan baldi kecil atau cawan.
2. Curahkan secawan serbuk penaik ke dalam lubang sinki.
3. Diikuti dengan secawan garam halus.
4. Kemudian curahkan pula setengah cawan cuka tiruan.
5.Biarkan bahan-bahan yang dituangkan tadi bertindak selama 10 minit sebelum menuangkan air panas mendidih ke dalam lubang sinki tersebut.
6. Setelah segala kekotoran tersumbat terhapus. Anda boleh pam sinki mengunakan alat pengepam biasa.