Berikutan dari entry ini
Ni la wajah baby suci yg tak berdosa tu...sedih saya tgk..bayangkan kalau kejadian tu kena kat kita sendiri...tak sanggup saya nak berdepan dgn keadaan mcm ni....kes ni nasib baiklah hari pertama maid tu bekerja DAN BUAT KEJE GILER ni terus kantoi...

PILU… Nina Suraya, 24, mengenangkan nasib anaknya Mohamed Hareez empat bulan yang didera pembantu rumah ketika tinjauan foto Bernama di Kuantan, hari ini. Menurut Nina anaknya Hareez yang dahulu aktif sekarang hanya banyak tidur selepas dilambung di ruang tamu sehingga terjatuh oleh pembantu rumah yang baru bekerja satu hari di rumahnya di Bukit Setongkol semalam. Pembantu rumah berusia 24 tahun itu disiasat mengikut seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2010.
Seorang pembantu warga Indonesia ditahan reman sehingga esok bagi membantu siasatan berhubung kes seorang bayi berusia empat bulan yang cedera akibat dilambung.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supt Aziz Ahmad berkata pembantu rumah berusia 24 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2010.
"Suspek ditahan sejak 15 Februari lepas. Pihak polis masih menunggu laporan lengkap daripada pihak Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan berhubung keadaan bayi lelaki berkenaan," katanya kepada Bernama hari ini.
Pada 15 Februari lepas, bapa bayi itu yang berusia 42 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian pembantu rumahnya yang bertindak melambung bayinya di ruang tamu sehingga terjatuh dan mengalami lebam-lebam di tangan dan cedera di kaki kiri.
Lelaki berkenaan melihat kejadian itu menerusi rakaman kamera litar tertutup melalui komputer riba semasa minum pagi di sebuah restoran pada 7.45 pagi.
Lelaki berkenaan bergegas pulang ke rumahnya di Bukit Setongkol dan membawa bayinya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.Bayi itu kini dirawat di hospital berkenaan dan dilapor dalam keadaan stabil. - BERNAMA
Sumber
*mmg giler la...anak kucing pun saya tak sanggup lambung...dipeluk2 lagi ada la...ni pulak anak orang...
*mmg giler la...anak kucing pun saya tak sanggup lambung...dipeluk2 lagi ada la...ni pulak anak orang...