Sebelum ni saya ada share gambar Lisdawati berphotoshoot bersama bby nya yg baru berusia 6 hari...kali ni jom tgk gambar Ashraff Muslim bersama dua org isterinya di majlis aqiqah puteri sulong beliau Sarah Ashraf hasil dri perkahwinan dgn Wan Sakinah..Mereka nampak sgt bahagia..semoga Ashraff akan menjadi suami yg adil selamanya...
↧
Ashraff Muslim bersama Dayana dan Wan Sakinah di majlis aqiqah puteri sulongnya
↧
Gaji bersih Lola RM1,549.38
Renteten dari kes OKU dikurung hingga kurus kering
Kuala Lumpur: Majikan kepada Lola, 40, ibu remaja orang kelainan upaya (OKU) Muhammad Firdaus Dullah, 15, mendakwa wanita terbabit tidak pernah menceritakan kesempitan hidupnya kepada majikan yang mempunyai pelbagai cara untuk membantunya.
Pengurus Kanan Modal Insan Brahim's Airline Catering (BAC) Ahmad Reza Kamaruddin berkata, Lola yang bertugas sebagai pekerja penyajian di syarikat itu sejak 10 tahun lalu terlalu berahsia dan hanya melakukan tugas tanpa membabitkan hal-hal peribadi di tempat kerja.
“Kami terkejut apabila membaca kisah anaknya itu tersiar kerana dia tidak pernah berkongsi masalahnya dengan pihak syarikat atau Kesatuan Pekerja-pekerja BAC yang amat mementingkan kebajikan pekerja dan ahlinya.
“Kami faham dengan pendapatan kasar RM2,327.81 sebulan atau bersih RM1,549.38, ia mungkin tidak cukup untuk menyara dua anaknya tetapi syarikat juga menyediakan banyak ruang untuk membantu termasuk memberi pinjaman peribadi,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, hari ini.
tak terkata apa dah baca berita ni...
↧
↧
Muffin vanilla utk besday girl
16 Jun lepas msa besday Maira saya buatkan muffin vanilla..kek comey2 tak beli masa tu sbb papanya outstation.....sempoi2 je muffinnya yg penting anak happy kan...
Inilah kejadian kek tu..mmg sempoi habis..takde topping2 pun..lagipun tak reti nk wat toppingnya..
Besday girl yg seronok tgk muffin2 naik dgn jayanya...mujur muffin tu gebu molek..kalau la bantat adoii tension...
Resepi muffin ni saya amik kat google je..resepi nanti next entry saya share..mmg sedap wlpn simple je..
↧
Atasi Sinki Tersumbat
Tentunya ada ramai antara anda yang pernah berhadapan dengan masalah sinki tersumbat. Sebelum memanggil tukang paip untuk membaikinya, lebih baik anda cuba beberapa langkah di bawah terlebih dahulu untuk menyelesaikan masalah ini. ia bukan sahaja mudah, tetapi juga menjimatkan wang anda.
1. Keluarkan semua air yang bertakung di dalam sinki dengan menggunakan baldi kecil atau cawan.
2. Curahkan secawan serbuk penaik ke dalam lubang sinki.
3. Diikuti dengan secawan garam halus.
4. Kemudian curahkan pula setengah cawan cuka tiruan.
5.Biarkan bahan-bahan yang dituangkan tadi bertindak selama 10 minit sebelum menuangkan air panas mendidih ke dalam lubang sinki tersebut.
6. Setelah segala kekotoran tersumbat terhapus. Anda boleh pam sinki mengunakan alat pengepam biasa.
↧
Sukan tahunan 2014 Pasti Nurul Iman BTHO vs Pasti Cheras Perdana
Bulan may punya cite ni..tu la tak aktif blog kan..bru la nk tepek ni...sekolah tadika Maira, Pasti Nurul Iman punya sukan tahunan..kali ni feat dgn Pasti Cheras Perdana..untuk keseluruhan yeayyy Pasti Nurul Iman menang besar aritu...
Maira masuk 2 acara..larian baton dan susun puzzle..
yeayyy..untuk acara susun puzzle group Maira dapat tmpt kedua dan larian baton dapat tmpt pertama..merasa la dua kali amik hadiah...
amboi..amik gmbar dgn kawan baik dia tu...
↧
↧
Peminat Elsa dan Erissa
Gambar kat bawah ni kejadiannya bulan lepas dh sebenarnya...saya sibuk kt dpur nk msak..tgk2 kt depan dh jadi gitu situasinya...dia reka sendiri tu..amik selimut pastu dia pakai brooch kat leher...dh jadi lah mcm Elsa dlm cite Frozen katanya...nk gelak tgk..
Rmbut pun skrg dh taknk ikat sgt..asyik nk lepas je...nak buat gaya rambut mcm Erissa Ceria popstar katanya...peminat setia Erissa dan Elsa la ni...mcm2 tau dia request...nak bju mcm Elsa la utk bju raya nanti...nk jumpe dgn Erissa la..
Ni la adik Erissa tu...dia nyanyi pun best..
Saya paling suke time ni...dia nyanyi lagu Maher Zain Barakallah..comey bangat..
↧
Gambar bayi Didie Alias
↧
Salam Ramadhan 1435H
↧
Oat adalah makanan sahur paling tahan lama.
Saya ingat puasa tahun ni nak cuba bersahur hanya dgn memakan oat..cuba elakkan makan nasi.. gambar di bawah menunjukkan oat adalah makanan yg paling tahan lama utk kite berasa lapar semula..saya cari info ni kt google...
Antara kelebihan oat yg korang perlu tahu
- Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi , diabetes dan mengurangkan berat badan.
- Mengurangkan kolesterol LDL (kolesterol tidak baik) di dalam berat badan.
- Mengurangkan pengerasan arteri di dalam salur darah yang menyumbang kepada serangan jantung.
-Ia mengandungi serat yang membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan.
-Oat adalah salah satu makanan yang tinggi kandungan serat. Ini bermakna apabila makan oat untuk sarapan pagi, kite akan berasa kenyang untuk jangka masa yang panjang.
↧
↧
Melawat anak buah baru
Sorry ni entry tertunggak..al maklum lah kan dlu mood blogging kelauttttt.....
ni cerita 30 Mei 2014 lepas..adik ketiga saya telah selamat melahirkan seorang baby boy...nama anak sedara saya yg keempat ni Ahmad Rayqal..anak buah saya skrg ada 4 org lah..3 dari adik saya yg kedua dan keempat baby ni...
Rombongan cik kiah dari KL ke Kuantan bertolak kul 5 pagi pada 1 Mei...saya pergi sekali dgn sepupu sepapat dan mak2 sedara..dh namanya rombongan cik kiah kan jadi takde la org lelaki...smpai Kuantan jam 9 pagi..singgah umah mak saya dulu kt Beserah..rehatkan diri...Kul 2 ptg baru gi Hospital Besar Kuantan..
siap berphotoshoot lagi kami kat dlm wad tu..hihihi...
Ni mak dan adik bongsu saya...
kat luar baru amik gmbr ramai2..gedix2...tp ni sebahagian je...separuh cik kiah lagi tak masuk frame sbb dh masuk dlm kete..
Mama long doakan Ahmad Rayqal bin Norhisham akan menjadi anak yg soleh dan anak yg patuh kepada ibubapa.....
↧
Apam nasi kalerful
Sebelum puasa aritu saya teringin sgt nk mkn apam nasi ...duk beli je sebelum ni..tgk anak2 suke mkn jadi terpanggil la rsa nk buat sendiri..alhamdulillah mmg jadi dan tak sangka la rupanya sng sgt nk buat apam ni..cuma kena tggu lama sikit la utk proses pemerapan...
Saya amik resepi dari blog Mat Gebu.
BAHAN-BAHANNYA :
1 cawan nasi sejuk
3/4 cawan gula pasir
1 1/4 cawan air
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 camca teh instant yeast (mauripan)
Pewarna makanan pilihan anda
Kelapa parut putih + secubit garam = gaul rata
CARA MEMBUATNYA :
Satukan tepung gandum, tepung beras dan instant yeast. Kacau rata dan ketepikan. Kisar nasi sejuk bersama air dan gula pasir hingga halus. Kemudian tuang dalam bekas berisi tepung tadi. Kacau rata dengan whisk hingga rata dan licin. Perap 3 jam.
Panaskan kukusan, sapu acuan apam dengan sedikit minyak. Kacau bancuhan apam, letak pewarna makanan pilihan anda dan kacau rata .
Sudukan dalam acuan hingga hampir penuh, buat hingga siap.Kukus dengan api kuat selama 15 minit, jangan lupa balut penutup kukusan . Bila masak, keluarkan apam dari acuan dan boleh hidangkan bersama kelapa parut..
↧
Pose setengah hari jeee...
Dah lama kan tak tepek gmbr anak dara ni..kalau sebelum ni asyik kisah dia dan si anak bulus saya tu je...lagipun dh jarang Maira ni nk bergambar mcm dlu2..kalau tak pantang nmpk kamera...terus nk posing..tp skrg nmpknya dia dh start balik suh amik gmbor dia dgn senyum meleretnya tu..
Di usia 6 tahun ni Maira hanya berpuasa stgh hari je..kat sekolah Pasti bulan puasa dorang tak sediakan makanan...jadi balik sekolah terus la cari nasi..lagipun masih kecil lagi nk ajar pose penuh..kesian plk tgk dh la kuruih je..yg penting anak2 ni kite ajarkan dlu mereka sembahyang 5 waktu..insha Allah puasa ni kite ajar slow2..
↧
Cubaan keempat buat kuih lapis
Sebelum ni saya ada bagitau yg saya dh tiga kali buat kuih lapis tak pernahnyer menjadi...dn utk kali keempat saya buat akhirnya alhamdulillah adalah jugak rupa kuih lapisss....yeayyy....pasni kena try lagi kasi cantekk....
Ni resepi dari entry yg saya pernah pos dlu,,kan dh janji aritu kalau jadi buat baru saya pos gambornya...hihihi
Bahan2
3 cawan tepung beras
6 cawan santan sederhana pekat (lebih kurang 1200ml)
6 sudu besar tepung gandum
6 sudu besar tepung jagung
1 cawan gula pasir
1/4 sudu teh garam
Sedikit perisa ros @ sirap
minyak @ majerin utk disapu pada loyang
Cara2
Panaskan pengukus dan sediakan loyang yang telah disapu minyak @majerin.
Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.
Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil dan tapiskan.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Warnakan satu bahagian dengan perisa ros.
Masukkan loyang ke dalam kukusan. Tuang sesenduk adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang sesenduk lagi adunan merah. Kukus lagi. Ulang proses hingga habis lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah.
Setelah siap, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.
TIPS
Balut penutup periuk dengan kain supaya air wap pada penutup periuk tidak jatuh pada kuih lapis..
↧
↧
Gambar tanah runtuh di Jalan Imbi Kuala Lumpur
↧
Lukisan 3d yg nmpk sgt real
Wow hebat betul tgn pelukis yg melukis lukisan 3d ni kan...terpegun saya lihat lukisan ni..mmg nmpk real..
Tapi kan gambar kat bawah ni bukan lukisan 3d ye..ini betul2 punya kejadian yg berlaku di Kuala Lumpur smlm..
↧
Family Day 2014 di Taman Tun Perak Cheras
Aritu sblm puasa kt taman tmpt saya tinggal skrg ni (Taman Tun Perak Cheras) persatuan ada anjurkan family day..pagi2 seawal 7.30 pagi saya dh turun...memula mak2 ni wajib bergambor dlu la kan...wlpun duduk setaman bkn sng nk dpt peluang bergambor sesama..time ni tak ramai lagi yg turun..biasalah hari minggu kan....
Aktiviti pertama pagi tu senam erobik..wah..seronok jugak ye pepagi dpt bersenam erobik ni..nk tergelak pun ada sbb tak biasa kan jadi rse mcm kekok dan kelakar je pergerakan..
Ada byk aktiviti untuk anak2 je..Maira dpt masuk acara bwk bola pinpong dgn sudu,minum vitagen,lumba lari dan rebut gula2...merasalah dia dpt hadiah jam tangan..
Ada jugak acara utk ibu bapa...antaranya boling padang dan tarik tali...saya masuk gak acara tarik tali..nk merasa pegang tali yg tebal tu...
Yeayyy...akhirnya setelah berhempas pulas kumpulan saya menang...dapatlah hadiah beg make up...sory gmbr hadiah lupe nk snap..
Memang seronok bila tmpt kite tinggal tu ada persatuan yg aktif...dua hari sebelum pose ada juga buat bacaan tahlil dan makan2..
↧
Kurma Yusof Taiyoob tetap mejadi pilihan
Setiap kali tiba bulan puasa pilihan saya tetap kurma Safia Yusof Taiyoobbbbbbb...harga RM12++ beli kt Giant..kalau boleh bulan tak pose pun nk maintain mkn kurma..
-Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".
-Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".
-Abu Abdillah berkata: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".
-Abu Abdillah berkata: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".
-Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".
↧
↧
Garam Kembalikan Keserian Seterika
Pernahkah anda mengalami keadaan dimana, ketika menseterika baju, tiba-tiba seterika anda meninggalkan kesan hitam yang akhirnya melekat pada pakaian. Adakah anda pernah tertanya-tanya bagaimana caranya untuk mengatasi masalah bahagian bawah seterika yang hangus. Berikut adalah cara yang cepat dan mudah.
Bahan yang anda perlukan adalah beberapa sudu besar garam. Apa-apa jenis garam boleh digunakan. Caranya ialah dengan hidupkan seterika pada kepanasan sederhana. Apabila seterika mulai menjadi panas, letakkan garam dan gosok sehingga kesan hitam yang melekat pada permukaan seterika itu hilang. Matikan seterika, dan biarkan ia sejuk sepenuhnya, dan lap plat bawah dengan kain lembap..
↧
Apam dewa gebu
Weekend baru ni berkesempatan ngetest resepi apam dewa..tingin nk cuba sbb tgk kwn2 pos gmbr mcm gebus je..dn ternyata hasilnya yg saya buat mmg gebu apam dewa ni...tp yg tak bestnya nape la dalam apam dewa saya tu ada lubang2 udara..ada pakar yg boleh tlg jawab tak...
Korang wajib try sbb mmg senang dan simple je resepinya..
Bahan2
6 biji telur
2 sd besar oren sunquick
1 cawan penuh gula
1 sudu kecil ovelatte
2 cawan tepung gandum
pewarna makanan
Cara Membuat
Sediakan pengukus dan didihkan air.
Sapukan loyang dengan sedikit minyak.
Pukul telur, gula, ovelatte dan oren sunquick hingga kembang.Masukkan tepung sedikit demi sedikit, kaup dan balikkan sehingga rata.
Bahagikan adunan kepada 4 bahagian dan 3 bahagian diwarnakan manakala satu bahagian saya biarkan dengan warna asal.
Masukkan ke dalam loyang selapis demi selapis. (Curah di tengah-tengah loyang)
Bila dah siap bolehlah mencorakkannya dengan ambil sebatang lidi dan gariskan dari tengah loyang ke luar.
↧
Nukilan Terakhir Allahyarhamah Sharifah Aini Untuk Anaknya, Aliff
Al fatihah buat Allahyarhamah Sharifah Aini yg telah pulang ke rahmatullah beberapa hari lalu...sedih dan menangis saya baca nukilan dari Allahyarhamah utk anaknya.ahamdulillah kerana Allahyarhamah mpunyai seorang anak yg soleh..Pastinya Allahyarhamah tenang dan gembira apabila melihat anak tunggalnya, Aliff mengimamkan solat jenazah untuknya di Masjid TTDI Sabtu lalu..
"In Shaa ALLAH…..Dengan izin ALLAH Jika tiada aral melintang tidak lama lagi Aliff akan pulang bercuti selama 3 bulan…Bunyi nya lama tapi reality nya sekejap sangat setelah setahun tidak bertemu…kini masa dah hampir tiba untuk dia pulang..saya dah pun kemas kan bilik Aliff.
Saya tidak sabar duduk berbual, berbuka puasa bersama, solat jumaah besama…mendapat undangan berbuka puasa besama…kadang-kadang Aliff jadi Imam dirumah sahabat-sahabat saya…Setiap kali dia jadi Imam….Aliff sangat gemar membaca surah2 yang panjang…air mata saya dibelakang tidak berhenti menangis bangga….bacaan nya sedap sekali & nyaman didengar.
Kadang-kadang kami banyak berbual tentang Hukum – Kehidupan & Kematian tanpa rasa takut dan perbualan Ilmu yang sangat terbuka ..saya lebih banyak bertanya Aliff membawa saya dan kawan2 saya kefahaman yang lebih maxsima …..Banyak kali bila Aliff mengeluar kan Hadith, sebagai Ibu saya terpegun….Lidah nya dah jadi lidah Arab….11 tahun belajar di Madinah….Ma Shaa ALLAH.
Ada juga perkara yang saya tanya, jika dia kurang pasti jawapan nya, dia tidak malu berterus terang mengaku apa yang dia kurang pasti dan baru merujuk kepada kitab2 beliau dan menyuruh saya membaca dan fahami…….routine kami di bulan Ramdhan ..selepas berbuka, Kami berterawih…
Baca AlQuraan & tidur sekejap…jam 3.30 pagi kami bangun solat Tahajud….saya mendengar Aliff membaca AlQuraan sampai subuh……. Mi turun bersahur dan makan bersama-sama… Makanan Aliff sangat simple..In Shaa ALAH….Kami semua di rumah nak habis kan Khatam Quraan sebelum lagi berakhir nya bulan Ramadhan….Selalu nya malam ketiga Kiamulaii kami dah selesai Khatam AlQuraan.
3 bulan ini bulan yang sangat penting buat saya dan kami satu kelauarga….Nikmat saya sebagai IBU Memasti kan makanan nya terurus…Tukang masak saya sangat rapat dengan Aliff…
Dalam pada perbualan yang ringkas ….saya tidak lupa memesan kepada Aliff… jika ALLAH izin kan Mami ingin mati diPangkuan Aliff…Jika Aliff ada disamping Mami ketika Mami menghembus kan nafas yang terakhir… Mami ingin Aliff Jadi Imam untuk Solatkan Jenazah Mami… Mami akan tersenyum dan bangga.
Jangan benar kan orang yang bukan family masuk melihat Jenazah mami dimandi…. Hanya Aliff, anak2 angkat Mami – Best Friend Mami dan orang yang menguruskankan pemandian Jenazah…. Jika Mami sakit dihospital….orang tidak kenal jangan dibiar kan masuk untuk mengambil sebarang gambar…. Jaga Hijab Mami…sekarang zaman HP modern…saya tidak redha gambar saya sakit masuk ke dalam Internet. Jika mami sakit di hospital…Ambil 4 bilik penuhkan anak2 Tahfeez dan semua Ustaz2 Mami bacakan ayat2 AlQuraan dan Surah Yassin untuk Mami….baca perlahan2 supaya tidak mengganggu ketenteraman pesakit lain di Hospital.
Mami berkerja keras selama 45 tahun mencari rezeki dikelilingi dan bermandikan Fitnah untuk mendapat satu kehidupan kita pada hari ni…..Mami mahu kan Aliff hidup besederhana..Mami tidak kaya…..selebih apa yang kita ada kita wakaf kan untuk Anak2 Yatim Piatu….Orang2 Miskin dan Anak Tahfiz. Mami tidak pernah rosak kan Aliff selama ini dengan duit ringgit – Aliff pun anak yang baik bukan mata duitan…..In Shaa ALLAH…..
Sebagai IBU Mami sudah sedia kan keperluan untuk Kehidupan Aliff & Keluarga Aliff…….Mami tidak mahu Aliff berhutang. Beli apa yang kita mampu sahaja! Jangan sekali2 Membazir untuk Keduniaan. Mami sentiasa mendoakan Aliff ditemu kan jodoh dengan Muslimah Solehah yang dapat membimbing keturunan kita dengan baik nya!"
CINTA IBU BAWA KESYURGA ALLAH WAHAI ANAK KU.
↧