Quantcast
Channel: ♥ Fieda ♥
Viewing all 401 articles
Browse latest View live

Erra Fazira sah cerai dan Engku Emran dapat hak penjagaan anak

$
0
0
Teka teki status rumah tangga pelakon dan penyanyi Erra Fazira akhirnya terjawab apabila sah bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor Mohammad Adib Husin.

Lafaz cerai dilakukan Engku Emran kira-kira pukul 12.50 tengah hari. Erra kelihatan tenang manakala Engku Emran pula sebak ketika menyebut lafaz tersebut. 

Erra hadir ke mahkamah dengan ditemani oleh sahabat baiknya, Umie Aida dan Erma Fatima. 

Pasangan ini berkahwin pada 25 Oktober 2007 dan mereka telah dikurniakan seorang puteri, Engku Aleesya yang kini berusia lima tahun.

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam juga memutuskan hak penjagaan anak, Engku Aleesya diberikan kepada Engku Emran dan hak bermalam serta lawatan bersama diberikan kepada Erra Fazira apabila kedua-dua pihak bersetuju mengenainya.

“Mahkamah turut meluluskan permohonan plaintif (Erra Fazira) untuk tidak membuat sebarang tuntutan nafkah edah dan mutaah,” ujar Hakim Syarie, Mohammad Adib Husin.


*jodoh tak panjang itulah hakikatnya....kes cerai berai mcm ni paling saya kesian kat anak la...moga Aleesya akan membesar dgn sempurna walaupun mama dan papanya telah berpisah.


Maira,nasi dan ikan masin

$
0
0
Selamat pagi semua....saje je tayang ikan masin kan...kasi semua orang lapor nak mkn nasi pagi2 ni...hihihi...


Anak dara saya Maira ni sejak dah masuk umur 6 tahun ni dah pandai nk makan nasi dengan ikan masin...asal nak mkn nasi je siap tanya ada ikan masin tak..sabo je la..kalau dlu wajib tanya ada ayam goreng upin ipin tak...

Al kisahnya dia start pandai makan ikan masin ni  masa balik kg aritu la..mak saya mmg buat ikan masin sendiri dri ikan2 yg segar..maklum lah duk pantai timur kan..ikan mmg dpt yg fresh2 je la...pagi tu mak saya msak pulut mkn dgn kelapa+ikan masin...mmg sodap la kan...dia memula tak pandai mkn..pastu dh suap sekali dan nak lagi dan lagi..katanya sedap jugak...

Masa nak balik KL mak saya bungkuskan utk saya beberapa ekor ikan masin..memula saya goreng utk saya je nak mkn sbb yg lain2 dlm umah ni semua tak pandai mkn ikan masin termasuklah papanya...pastu Maira tanya ni ikan masin yg kite mkn kat umah Wan ke mama...?

Wah sekali tgk kemain selera dia mkn nasi panas2 walau hanya berlaukkan ikan masin saje...aiii..biar betul budak ni....tp saya takde la hari2 goreng ikan masin ni...seminggu dua kali gitu je...

Tapi yg geram tu walau sekarang ni dia dh berselera makan nasi tp kalau boleh lauk hanya nak ayam goreng dan ikan masin je...pastu kalau ada kuah kari....mmg berselera sgt la..sayur jangan harap la..susah bebenor...nmpk sayur cinonet pun dh asing kt tepi pinggan...dia boleh kata ape tau kalau saya suh makan sayur...Ala..adik dah besar nanti bru la adik mkn sayur byk2..

*tetiba teringat saya dulu masa kecik2 pun mmg anti syur....puas mak paksa mkn sayur...dah bosar2 ni baru la pandai mkn sayur....


*gambar ehsan dari google

Lirik lagu Aduh by Ajai

$
0
0
Saya suka lagu ni..memula dengar saya ingat lagu artis seberang...tak sangka Ajai yg nyanyi..



Lirik Lagu Aduh - Ajai

Berdiri di sebalik awan hitam yang berkepulan
Tiada pandangan yang dapat ku perlihatkan
Hanya wajah yang selalu ada di ruang mata ini
Yang sudah terlalu jemu dari pandangan

Sudah tiba masanya ku harus berdiri tanpamu
Menggantikan dengan awan putih yang memutih
Bila aku sudah tiada baru kau kan merasai
Bagaimana oh rasanya kehilangan

Korus
Aduh sayang aduh kasih
Aku dah bosan dengan caramu
Aduh usah aduh engkau
Cuba kembali pada diriku
Kerna aku dah tahu
Apa yang kau lakukan
Kerna aku tahu
Kita tak sehaluan

Walaupun ku tahu kan separuh mati merindui kamu
Namun harus ku cuba ‘tuk melupakan dia
Tangani semua ini dengan akal fikiranku
Biar engkau kan tahu ku tak cintamu

Ulang Korus



Kek coklat kukus lapis cheese

$
0
0
Salam pagi Jumaat..pagi2 ni tayang gmbar makanan lagi...hihi..kali ni jamu mata dengan kek coklat lapis cheese ye...saya dh lama ngidam nk mkn..tgk kengkawan blog buat..nyum...nyum...tercapailah hasrat di hati nk mkan bile mood rajin nk buat sndiri menjelma....saya google je resepinya...dan akhirnya saya mencuba resepi dari blog Mat Gebu yg fofuler tu..perlukan kesabaran sikit nk buat kek ni al maklumlah berlapis kan...kena masak selapis demi selapis....


Ni saya share resepi dari blog Mat Gebu

BAHAN-BAHAN KEK COKLAT 

2 biji telur gred A
1 cawan gula halus
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam
1/2 cawan air panas
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan tepung gandum*
3 camca besar serbuk koko*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan di ayak)


BAHAN-BAHAN LAPIS CHEESE

250 gram krim cheese
60 gram gula halus
1 biji telur gred A
1 camca besar air
1 camca besar tepung gandum


CARA MEMBUATNYA 

UNTUK KEK COKLAT :- Putar telur dan gula hingga kembang dan pekat, masukkan esen vanilla dan garam, putar rata. Tambah susu cair, minyak jagung dan air panas, putar sebati dengan kelajuan sederhana. Masukkan bahan2 yang diayak sedikit demi sedikit hingga habis, putra rata dan matikan mixer. Bagi kepada 2 bahagian sama banyak. Ketepikan.

UNTUK LAPISAN KEJU :- Putar krim cheese dan gula hingga sebati dan licin. Masukkan telur dan putar hingga kembang. Tambah tepung dan air, putar hingga semua sebati dan tidak berbintil2.

UNTUK KEK COKLAT KUKUS LAPIS CHEESE :- Tuang satu bahagian kek coklat. Ratakan dan tutup permukaan tin dengan aluminium foil. Kukus selama 20 minit, guna api sederhana. Kemudian tuang pula adunan krim cheese, ratakan dan sambung kukus 20 minit lagi. Tuang baki bahagian kek coklat ratakan dan sambung kukus selama 45 minit atau hingga masak (bila anda cucuk dengan lidi sate atau cake tester di bahagian tengah kek dan keluarnya bersih, tanda kek dah masak..



First time jumpe buah mulberry

$
0
0
Saya sangatlah jakun bile first time jumpe buah mulberry ni...mmg selama ni saya tak pernah tgk depan2...cuma pernah tgk kwn blog jer pos gmbr...saya first time tgk buah ni msa gi umah kawan aritu..dia tanam pokok ni depan umah...ada auntie cina tu duk petik daun dan buah ni..saya tanyalah kawan saya ape yg auntie tu petik..kwn saya kata kutip buah bery...masa tu kawan saya pun lupe nama buah ni..

Auntie tu kata daun dan buah ni byk khasiat...antaranya daun boleh buat penawar demam panas dan buahnya boleh buat jem...saya pun nk try test la ape rase buah ni..terus petik gak..tetiba rase macam petik buah strawberry plk...rasa buah ni masam2 manis...sedap jgak...

Tetiba saya rsa macam berminat plk nk tau khasiat buah mulberry dengan lebih detail...teringin nak tanam jugak tapi umah bertingkat ni mana ada tanah..hihihi



Gambar yg saya snap tak jelas sgt...jadi gmbr kat bawah ni saya amik dri google utk imej buah yg lebih jelas..


Khasiat pokok Mulberry

1. Pokok mulberry buahnya berwarna hitam dan merah. 

2. Pokok Mulberry adalah makanan utama ulat sutera terutama daunnya. Maka disebabkan itulah jika di Malaysia, daun pokok Mulberry dikenali sebagai daun ulat sutera atau besaram. 

3. Buah Mulberry mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberry pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji Mulberry mengandungi ureas. 

4. Kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol. 

5. Bagi masyarakat di negara China, selain buahnya boleh dimakan segar atau dibuat jem, terdapat juga kegunaan lain. Secara tradisionalnya, buah Mulberry telah digunakan sebagai agen ubatan bagi memberi khasiat kepada yin dan darah, memberi kebaikan kepada buah pinggang dan merawat masalah lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban. 

6. Buah Mulberry turut digunakan untuk merawat masalah ketidak-bolehan mengawal keluarnya air kencing, pening dan masalah sembelit warga tua. 

7. Buah yang telah dikeringkan juga boleh dijadikan sebagai pengganti raisin. 

8. Buah Mulberry juga dikatakan mampu memberi khasiat dan merangsang penghasilan cecair badan. Mereka yang mengalami masalah kekurangan cecair, mulut mereka anak kering dan lidah terasa panas. Elok juga mereka makan buah ini bagi memberi khasiat dan menambahkan cecair badan. 

9. Buah mulberi ini juga sesuai kepada mereka yang mempunyai masalah mata kering akibat keletihan mata dan akibat bekerja dengan cara mengambil jus mulberi . 

10. Buah mulberi juga mengandungi unsur-unsur khasiat seperti mineral dan vitamin. Dikatakan dengan memakan buah Mulberry, mampu membantu menyembuhkan penyakit kronik pada saluran pencernaan, merangsang rembesan cecair gastrik, menguatkan kebolehan bagi mencerna dan menyerap, memperbaiki selera makan dan membuang kembung perut dan sembelit. 

11. Wanita yang mengalami simptom-simptom seperti anemia, kepucatan, rasa , sukar untuk tidur dan jantung berdebar-debar dengan kerap terutamanya selepas melahirkan bayi, bolehlah mengambil jus mulberi dengan kerap bagi mengurangkan simptom-simptom tersebut. Ubat kebas tangan dan kaki. 

12. Daun mulberi pula dikatakan boleh direbus dan digunakan sebagai ubat mencuci mata yang merah dan bengkak. Daun yang telah kering pula dikatakan boleh dicampur dengan air mendidih atau direbus. Air ini dikatakan boleh diminum untuk tujuan membersihkan tubuh badan, merangsang peluh, ubat batuk, demam panas dan selsema. Daun yang telah dipanaskan pula dikatakan boleh disapu minyak dan dijadikan sebagai ubat tampal pada luka yang parah. 

13. Bagi mereka yang mengalami masalah gigitan atau sengatan serangga, daun yang telah ditumbuk lumat boleh dijadikan sebagai ubat tampal pada bekas gigitan atau sengatan serangga tersebut. 

14. Jika mengalami masalah tangan atau kaki yang , bolehlah mengambil getah daripada daun atau ranting mulberi, kemudiannya gosokkan pada bahagian yang kebas. 

15. Akar pokok boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat asma, batuk, busung, melawaskan pembuangan air kecil dan radang. Air rebusan kulit pokok mulberi pula dikatakan boleh diminum untuk merawat sistem pernafasan, asma, batuk, bronchitis, busung, menyingkirkan kahak dan hingus, tekanan darah tinggi, kebas tangan atau kaki. 

16. Ranting kering pokok mulberi pula dikatakan boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat demam panas dan mengatasi rasa sakit. 

Sumber dari google


Cikgu rotey punggung kito 5 butir

$
0
0
Terjumpe katun ni kat fb...hihihi..


Ebab pun sibuk nk tolong tadah air

$
0
0
Selamat pagi semua....arini catuan air bermula di negeri Selangor..Pelaksanaan sistem catuan air secara bergilir-gilir di Selangor akan bermula hari ini bagi menyeimbangkan penyaluran air di kawasan yang mengalami gangguan..


Jadi mlam tdi saya pun tadah la air utk keperluan mana lah tau kot2 arini bekalan air tmpt saya yg akan mula dicatu..

Nak dijadikan cite msa tadah air minum kat sinki anak bulus saya si Ebab ni pn kemain dia pun bz nk tgk ape kite buat...sedar2 dia dh naik atas sinki dan duk dlm bakul tmpt saya keringkan pinggan..kemain comel lagi dia bertenggek..nsb la takde pinggan mangkuk dlm tu..dia mcm seronok plk tgk air sampaikan mlut dia msa tu dh dekat dengan air yg mengalir dri paip tu mcm nk minum..nsb baik saya sempat nmpk kalau tak kami minum la air bekas mulut Ebab...hihihi...tp tak sempat nk snap gmbr time tu..

Jangan kata kat sinki masa saya sibuk tadah air dlm bilik air dia pun sama naik gak sibuk msuk sama nk tgk...dia pun mcm memahami yg kite tgh sibuk kan...





Awal bulan 2 aritu umur Ebab genap 1 tahun..dah besar dah..kalau kucing betina ni mesti saya dah dapat cucu kan...hahahaha....Ebab ni manja sgt mcam tak pandai jer lagi nk berbini...yg dia tau kalau keluar umah main kejar2 burung je la...bkn kejar awekk...hahaha


Selangor catu air hari ini

$
0
0
Kuala Lumpur: Badan bukan kerajaan (NGO) dan pengguna membidas tindakan Kerajaan PKR Selangor yang mengeluarkan notis terlalu singkat untuk mencatu air bermula hari ini.

Tindakan itu disifatkan menyusahkan rakyat dan tidak bertimbang rasa kerana kehidupan harian mereka terjejas. 

Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM), Datuk Mohd Firdaus Abdullah, berkata pengumuman secara mengejut itu menunjukkan kerajaan negeri tidak peka terhadap kebajikan rakyat. 

“Tempoh yang diberikan kepada penduduk yang terjejas sebenarnya tidak wajar kerana ia pasti menyukarkan mereka yang bekerja untuk menyediakan peralatan menyimpan air atau menyediakan bekalan air bersih untuk minum dan memasak.

“Ini juga menunjukkan kerajaan Selangor tidak cekap dalam pentadbiran hingga bertindak sesuka hati hingga menyusahkan rakyat. Bukankah masalah air ini berlaku sejak beberapa minggu lalu, mengapa tidak dimaklumkan terlebih awal rancangan catuan air,” katanya.

Paras air kritikal

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, semalam mengumumkan catuan air secara berperingkat di Selangor bermula hari ini berikutan paras air kritikal di empangan di negeri itu yang menyebabkan pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan terjejas. 

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan, berkata penduduk akan kelam-kabut dengan notis singkat itu.

“Masalah bekalan air sudah lama berpanjangan maka perancangan perlulah teliti bukannya dibuat secara drastik kerana saya yakin, ramai bekerja dan sudah pasti tidak sempat menyediakan bekas takungan atau bekalan minuman.

“Janganlah tambahkan beban rakyat dengan perkara sedemikian kerana ia sudah pasti mengganggu kualiti hidup mereka terutama yang sudah berkeluarga,” katanya.

Pemandu teksi, V Ramachandran, 58, berkata notis singkat membebankan kerana pengguna terpaksa bergegas menakung bekalan air terutama untuk kegunaan harian seperti memasak dan air minuman.

Selangor catu air hari ini

Menjejas urusan harian

“Kalau satu hari tiada air, saya dan keluarga masih boleh tumpang di rumah saudara berdekatan. Jika berlanjutan memang menjejaskan urusan harian,” katanya yang tinggal di perumahan Sungai Jelok, Kajang.

Peniaga, Norishan Abas, 37, yang mendiami tingkat 11 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria pula berkata sepatutnya kerajaan Selangor umumkan awal bagi memberi peluang kepada orang ramai bersedia. 

“Air sungai di sini (Lembah Klang) seperti Sungai Klang tidak sesuai untuk digunakan sebagai sumber air minuman dan mandi. Justeru, kami tiada alternatif sebaliknya bergantung harap kepada bantuan air yang dihantar lori,” katanya.

Nazariah Zahrin, 43, meminta pihak berkaitan berperikemanusiaan dengan menimbangkan nasib penghuni pangsapuri dan PPR kerana golongan itu antara teruk terjejas sekiranya berlaku catuan air.

Katanya, waktu operasi lori menghantar bekalan air yang tidak seragam selain pada waktu kerja menyukarkan pengguna.

“Sebab itu perlu dimaklumkan lebih awal supaya kami boleh bergilir mengangkut air untuk menampung bekalan sepanjang catuan air,” katanya.


------------------------------------------------------------



HP punya pasal

$
0
0
Harap2 perkongsian ini bermanfaat untuk kite semua...peringatan untuk diri sendiri juga..


HandPhone PUNYA PASAL???

Ya ALLAH ampunilah dosa dosa kami yg mempunyai HP kerana:

-Kami lebih banyak mengisi kredit dripda berSEDEKAH.

-Kami lebih banyak pegang HP dripda pegang TASBIH DAN BERTASBIH.

-Kami lebih banyak baca sms dripda baca AL QURAN.

-Kami lebih sering menelefon dripda berSILATURRAHIM.

-Kami lebih sering buka bluetooth dripda BERLUTUT untuk SUJUD.

-Kami lebih risau HP tak ingat letak drp ANAK tak balik rumah.

-Kami lebih banyak lihat wjah org lain dlm whatsapp drp lihat WAJAH IBU yg dah tak larat.

-Kami lebih byk senyum baca sms drp senyum lihat isteri dan anak.

-Kami lebih cepat buka whatsApp bila msj masuk drp sahut panggilan ibu, isteri, suami dan anak- anak.

-Ya ALLAH AMPUNIlah kami yg serba kekurangan dan yg selalu lalai ini.

-Dan semoga HP yg kami miliki ini dpt digunakan sebagai IBADAH untk lebih TAQARRUB kpd Mu Ya ALLAH.

Amin....

Kata guru:

-Jika handphone mu itu menyebabkan kamu LALAI hingga orang azan kamu masih dengannya hingga TIDAK MEMPEDULIKAN SERUAN itu...

-Hingga tak peduli panggilan ibu krn asyik bersama permainan dlm HP...

-Hingga ia menjadi permainan saat berada di majlis ilmu di hadapan gurumu...

-Hingga kamu tergamak melewatkan solatmu kerananya...

-Hingga zikirmu berkurang dengan adanya ia...

-Hingga al-Quran tidak lagi kamu pandang dan baca kerana kamu asyik dengannya...

-Sedang kamu tidak ada keperluan padanya pada waktu itu, maka buanglah ia dari kehidupan mu...

-Kerana ia telah menjadi salah satu alat untuk MENJAUHKAN kamu dari Tuhan mu..

-Kerana ia telah menjadi satu alat supaya kamu lalai dari Tuhan mu..

-Kerana ia adalah alat yang digunakan syaitan untuk menghancurkan n...

-Maka apa lagi kejahatan yang kamu ingin lihat selain seseorang itu lalai dari Tuhan nya..

-Bukan salah handphone itu, tapi salah kamu kerana tak dapat MENGUASAI tapi DIKUASAI sehingga kamu tewas dan menjadi wasilah kpd SYAITAN untuk menyesatkanmu..

KAMU HAMBA TELEFON ATAU HAMBA ALLAH?

Teguran ini menyusuk sungguh..
Realitinya begitulah..ada msjd yg imamnya memperingatkan makmum supaya tutup/silent hp selepas iqamah . Lepas solat selesai salam kedua, terus raba cari hp, bukan semua namun penyakit / budaya ini akan bertambah parah jika tidak ditegur atau diperingatkan. Marilah kita sama2 beristighfar dan berubah . 
MENGUASAI bkn DIKUASAI. Biarlah dgn hp yg canggih2 tu tidak menjauhkan kita bahkan menambah ketaatan kita kpd ALLAH bukan mengheret kita lalai drp-Nya...AMIIN YA RABBAL 'ALAMIN

Puff pastry sardin homemade

$
0
0
Wah..rajinnyer saya buat puff pastri sadin...hihihi..bunyi mcm susah je kan nk buat...padahal senang sangat la..guna je kemudahan yg sedia ada....puff pastry tu beli je yg ready made..saya beli kat giant..cri kat bahagian sejuk beku tu..ada kat bahagian kulit popia..

Cuma nk kena buat inti sadin la...cara saya sempoi jeikan sadin dlm tin tu dihancurkan. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, hingga garing.pastu masuk ikan sadin yg dihancurkan dan sedikit sos cili..kacau dan last sekali perah asam limau sikit...pastu amik kulit puff pastry tu potong jadikan  2 keping..satu keping letakkan inti sadin tu dan satu keping tutupkan bahagian atasnya..ala mcm nk buat aiskrim goreng tu...tepi2 tu tekan dgn garfu nak kasi tertutup rapat..atas tu saya kelar sikit sbb tgk dlm gmbr kt plastik tu dorang kelar kan...pastu sapu kuning telur di atasnya dan bakar la agak2 dh kekuningan tu kire masak la..



Hasil guna kulit puff pastry dri brand kawan ni sedap la..dh siap masak sebijik jadi mcm puff yg beli kt kedai tu..lembut je...pasni harus wat stok la kulit puff pastry...tak yah dh nk beli2 kat kedai..


MD Putu Bambu World mabelessss

$
0
0
Saya adalah penggemar kuih putu bambu..kalau dapat mkn ni mmg tak pandang belakang dah...10 bijik pun mampu habiskan tau...aritu gi chow kit saya terpandanglah kedai putu bambu world..nama kedai tu mcm familiar je sbb saya pernah tgk kt instagram org duk pos kata putu bambu ni sgt lah sodap...apalagi saya pun beli la 2 pek...dalam 1 pek tu ada 5 biji berharga rm3...fuhhh...serius sedap la...lembut dan gebu je...rse mcm tak ckup la nak lagi dan lagi dan lagi.......hahahahaha..



Kedai putu bambu world ni berdekatan dengan kedai Syarikat Menang yg jual pinggan mangkuk tu..

Doakan #MH370

$
0
0
Kita boleh membuat pelbagai andaian misteri hilangnya pesawat MH370 tp yg tau segalanya hanya Allah Yg Satu...kita hanya diminta terus berdoa supaya Allah tunjukkan 'sesuatu'....terus mngharap & berdoa tanpa jemu... Smoga terjawab segalanya, In Shaa Allah...



"Allah berikan kita kunci dalam mencari apa saja yang hilang..ianya adalah doa orang orang soleh yang dekat dengan Allah serta doa keluarga mereka. Ia adalah antara sains dan pencipta sains.."

Ingat

Pertama, doa orang-orang soleh.
Kedua, doa ahli keluarga mangsa.

AllahuAkbar!


Jika ia masih di langit turunkanlah
Jika ia di dasar laut timbulkanlah
Jika ia di darat bukakanlah mata kami untuk melihat

Amin...

Pengakhiran MH370 di tengah Lautan Hindi

$
0
0
Pengakhiran abadi setelah kehilangan yg menjadi misteri selama 17 hari..sama2 kita doakan kesejahteraan mangsa2 yg terlibat..




Let it go..let it go..

$
0
0
Aduhai...lama benor tak bukak blog ni...sayang rasanya kalau saya tinggalkan mcam tu je kan..dh la nk naikkan punya susah..nk jatuhkan senang giler...kekadang terpikir rasa nk let it go je blog ni bak lagu filem Frozen yg menjadi kegilaan anak dara saya skrg ni...hahaha..tp idok le..sayang la kan..pastu kang ilang plk la kawan blog yg baik2 ati belaka

Dah nk penghujung Mac ni saya nk share lagu yg menjadi sgt2 hot kt umah ni...lagu feveret Maira..asal celik mata je duk nyanyi let it go..let it go..tu je pun yg dia pandai sebut..hihihi

Sampai satu umah dh terbabit suke lagu ni...ala lagu ni ada dalam filem animasi kanak2 tu Frozen


Filem katun ni saya tgk online....nanti next entry saya share link utk tgk free je...Maira berulang kali tgk...budak2 suke la tgk katun  comel2 gini..



Layan Frozen online

$
0
0
Filem ni dah ditayangkan sejak December tahun lepas tp saya dan anak2 bru je terjebak baru2 ni..Sungguh ketinggalan keretapi ye..hihi




Film animasi "Frozen" bercerita tentang kisah petualangan seorang gadis bernama Anna (Kristen Bell) dan kawan-kawannya dalam melawan Snow Queen (Idina Menzel). Kerana nakal Snow Queen, seluruh wilayah kerajaan membeku dan rakyat menderita kerana kedinginan. Snow Queen sebenarnya merupakan kakak Anna yang bernama Elsa.

Dengan meminta bantuan Kristoff (Jonathan Groff) dan boneka salju lucu bernama Olaf (Josh Gad), Anna berusaha menemukan Snow Queen. Berbagai kejadian lucu pun mewarnai perjalanan mereka. Berhasilkan Anna dan teman-temannya melawan Snow Queen dan menyelamatkan semua teman-temannya?



Gambar kahwin Ruminah Sidek (Mak Mah)

$
0
0
Ruminah Sidek (Mak Mah) & suami, Al-Fatah di resepsi perkahwinan mereka hari ini.
Alhamdulillah...


Rindu sama kamu

$
0
0
Rindu giler sama kamu..kamu..kamu..dan kamu....sayang betul rasanya tinggalkan blog ni setelah sekian lama..nak naikkan punya la payah..tp nak turunkan sekelip mata je..huhu..harap kawan2 blog semua masih tidak melupakan saya..huhuhu..miss u alll......




Selamat hari tua buat saya

$
0
0
As salam semua...amik kesempatan arini nk update jugak kt blog wlpn hati ni berkata betapa malas betul nk masuk sini...walaupun dh lewat sari saya nak gak tepek entry tentang hari ulangtahun kelahiran saya yg ke 37 kat sini...dh 37 tahun...??mak oii..lagi 3 tahun saya dh nak masuk 40 series....betapa sekejapnyer masa berlalu ye...dan lagi 3 tahun juga Asyraf akan berumur 17 tahun...


16hb Jun baru ni Maira pun dah masuk umur 6 tahun..tahun depan dh masuk darjah 1...apapun doakan saya dan Maira sentiasa diberi kesihatan yg baik..

*akan cuba update balik blog yg pernah menjadi kesayangan saya satu ketika dlu..huhuhu


Dikurung hingga kurus kering

$
0
0
Berita yg menjadi sebutan dua tiga hari ni...saya tak terkata ape dah msa memula tgk gmbar dan video kt fb...sbb saya ingat kejadian tu berlaku luar Malaysia..mmg terasa sedih dan sebak melihat keadaan adik ni....rata2 mmg ramai yg menyalahkan ibunya kerana langsung tidak memberi perhatian kepada anak OKU ini...anak ini dikurung bersama sampah dan najis..korang boleh lihat sendiri gmbr di bawah bagaimana keadaannya sewaktu ditemui..

 



Ini adalah wajah adik Muhd Firdaus setahun lalu..elok plk dijaga..kenapa  kini dibiarkan smpai jadi macam mayat hidup..??kerana kesempitan hidup...??ramai lagi yg susah kat luar sana boleh je jaga anak istimewa dgn sempurna kn....apapun hanya Allah saje yg Maha Mangetahui samada mmg dia ikhlas atau tidak utk menjaga anugerah dari Allah ini..


Gambar baby Lisdawati berphotoshoot (newborn)

$
0
0
Cantik kan gambar2 kat bawah ni...Ahmad Nur Fyrdaus anak ketiga Lisdawati dan Fauzi Nawawi yg telah lahir pada 14 Jun 2014 lalu...teruja tgk mereka berphotoshoot...msa ni baby baru mur 6 hari tp kemain pandai berposing...sporting je...










Viewing all 401 articles
Browse latest View live