Quantcast
Channel: ♥ Fieda ♥
Viewing all 401 articles
Browse latest View live

Yeayyyy dapat stand mixer

$
0
0
Sejak dua menjak ni semangat saya nak membaking dah datang balik...gara2 dah dapat mixer baru...mmg dah lama benor saya tak membaking gara2 mixer lama saya rosak...

Stand mixer ni saya beli masa masa balik Kuantan aritu...alang2 nak beli terus la amik yg ada stand nya sekali...Saya beli kat The Store Kuantan harganya dalam RM86...brand singer..


Best jugak mixer ni sbb dia tak cepat panas..kalau saya punya yg sebelum ni cepat panas tu yg dah rosak tu...pastu mixer ni 5 speed...ada satu speed tambahan iaitu speed turbo...mmg laju giler...cuma tak boleh guna speed turbo tu lebih dri 3 minit..kang panas turbo gak jadinya..


Mulalah ni duk mikir nak buat itu nak buat ini...3 ari lepas saya buat aiskrim oreo...buat aiskrim tu nak kena blend selama 30 minit..nsb baik ada stand ni jadi takde la penat nak pegang mixer sampai 30 minit kan...nak tengok cara buat aiskrim tu tggu entry petang nanti yeee...



Siapakah juara Mimbar Pencetus Umah?

$
0
0
Jangan lupe malam ni Mimbar Pencetus Umah Akhir jam 9 malam di Astro Oasis...korang rase sape yg layak bergelar juara ye....


-----------------------------------------------------------------------

*Inshaa Allah kalau takde aral anak saya Asyraf pun akan turut serta malam ni..dia main alat muzik iringi artis dan peserta membuat persembahan...


Ni gmbar msa dia gi buat rakaman kat TV3  utk rancangan Qari Junior yg bakal ditayangkan awal bulan puasa nanti...punyalah lambat lagi..rupanya mmg camni la rakaman ye..awal2 dorang dh prepare semua utk tayangan akan datang..yg mana satu Asyraf? heheheh..yg pakai kain kaler biru tu...

Paksa isteri berhubungan seks dengan sepupu berumur 15 tahun

$
0
0
Dunia sudah akhir zaman..macam pelik sangat saya baca berita kat bawah ni..apa sudah jadi..suami sepatutnya melindungi isteri...sudahlah isteri tu awak tu hamil...dipaksa pulak isteri tu melakukan hubungan seks dgn sepupunya yg baru je berusia 15 tahun... 

--------------------------------------------------------------------------------

KANGAR: Seorang suami yang memaksa isteri hamil melakukan hubungan seks dengan sepupunya mengaku tidak bersalah di atas dua pertuduhan yang dikenakan ke atasnya di Mahkamah Sesyen di sini, tadi.

Muka depan Harian Metro dan web myMetro hari ini melaporkan seorang isteri muda berusia 19 tahun menjadi mangsa deraan seksual suaminya yang berusia 22 tahun apabila dipaksa melakukan hubungan seks dengan seorang remaja berusia 15 tahun. 

Dalam kejadian 1 Januari lalu, si suami turut membantu remaja terbabit merogol mangsa yang sedang hamil selain turut merakam aksi hubungan seksnya.

Tertuduh pertama yang juga suami mangsa mengaku tidak bersalah di atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 376 Kanun Keseksaan serta Seksyen 375 Kanun Keseksaan.

Sepupu tertuduh pertama berusia 15 tahun juga turut didakwa dan tidak mengaku bersalah di atas pertuduhan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abdul Rashid Daud.

------------------------------------------------------------------------------------

*mohon dijauhkan dari segala gejala buruk seperti ini...

PU Hafiz juara Pencetus Ummah

$
0
0
Semalam telah pun berlangsung dgn jayanya Pencetus Ummah akhir...dan juara Pencetus Ummah musim pertama jatuh kepada Ustaz Hafiz...dia mmg seorang yg hebat...mampu menyampaikan dakwah dengan terkesan...

Mereka yg menang di tempat kedua,ketiga dan keempat juga tidak kurang hebatnya...moga selepas ini pihak penerbitan akan lebih byk menerbitkan rancangan2 islamik seperti ini..semakin hari nmpknya rancangan dakwah seperti ini semakin mendapat tmpt dihati penonton..




Tempat kedua pula jatuh kepada PU Shahul


Tempat ketiga PU Yeop


Tempat keempat PU Rahmat

*Tazkirah dari Dr Ridhuan Tee sangat2 menyentuh hati..kebanyakan penonton dan juri mengalirkan airmata..saya kat umah pun puas menahan airmata tp habis bercucuran jugakkk...mmg sgt2 sebak bile dengar tazkirah berkaitan dengan ibu..sesapa yg belum tgk nanti saya upload video tu

Tazkirah Dr Ridhuan Tee di Mimbar Pencetus Ummah

$
0
0
Tazkirah yg sgt2 mendapat tmpt dihati penonton smlm adalah dari Dr Ridhuan Tee..kalau jadi peserta confirm boleh menang tanpa bertanding..mmg sgt menyentuh hati...korang boleh bayangkan tak Dr Fazillah Kamsah pun menitiskan airmata smlm..dan ramai lagi yg kelihatan menangis..saya yg duk tgk dri umah ni pn tak tahan dah nk simpan airmata ni...habis keluar bercucuran..apabila tazkirah yg menyentuh bab ibu mmg sensetif bagi kite semua..sebak dibuatnya...


Seperti yg kita tau Dr Ridhuan Tee ni seorang mualaf..jadi dia teringin sangat nak ibu dan adik beradiknya yg lain memeluk islam..teringin mendengar ibunya menyebut kalimah...apapun korang boleh tonton dan hayati tazkirah bermakna ni..sesungguhnya kita semua amat bertuah kerana dilahirkan di dalam keluarga Islam...

Aiskrim oreo homemade

$
0
0
Saya tengok ramai duk pakat buat aiskrim homemade ni...ingat ke susah la sgt rupanya senang je..simple sangat bahan2 bahannya...apalagi jom le kite try and error...


Barang2 yg diperlukan mcm gambar kat atas tu la...


Mula2 sekali setin susu cair,setengah cawan susu pekat dipukul bersama dengan sesudu besar ovelette dan sedikit aising vanilla...pukul selama 30 minit tau...stop la kejap2 kang nanti meletoppp plk mixer tu...hihihihi


Pastu letak la biskut oreo yg telah dihancurkan..buang krimnya dulu ye


Pukul lagi sampai sebati..


Pastu letak la dalam bekas...tabur lebihan biskut di atasnya...nasib baik saya simpan bekas2 aiskrim yg beli sebelum ni...dapat la guna balik..


Ada lebih sikit saya letak dalam bekas kecik ni...masuk dalam freeze dlu..


Ok dah beku bolehlah makan...ermmm..boleh tahan gak rasanya...strukturnya pun halus jer...budak2 ni semua kata sedap...ok la tu pasni boleh lah buat lagi..kalau nak buat versi berkaler kaler sama je caranya cuma lepas dah pukul susu cair,susu pekat,ovelette dan aising vanilla tu asingkan beberapa bahagian utk nk letak kaler..pastu letak la dalam bekas buat style ala2 aiskrim rainbow...hihihi..


Suprise utk papa coklat comey

$
0
0
Sebenarnya ni cite tahun lepas punya..tapi disebabkan tahun lepas saya tak aktif berblog jadi terbengkalai la cite coklat comey ni...hihi...tahun ni saya freshkan balik...

Sebenarnya coklat comey ni saya suprisekan utk somi saya sempena besday dia aritu...mmg menjadi pun suprisenya.....Saya oder coklat ni dgn kawan blog kite jugak BERT...coklat ni sampai aritu lewat sikit dari tarikh besday tp tetap di bulan yg sama sbb tokey coklat bercuti  2 mggu time saya nk buat oder..


Yang suprisenya menjadi bukan ape..masa parcel tu sampai suami saya terkejut la dia kata ni brg ape plk ni..bile plk dia ada beli brg online...hihi..pastu dia bukak bungkusan tu depan saya sambil duk kate ape bende ni  ye..sape bagi ye..saya pun kata amboi...ada secret admirer tu..sekali bile dh nmpk coklat dia dh panik..ishhh..sape plk ni bagi coklat...besday pun dh lepas dh ni...pastu dia tgk kat borang poslaju tu nama pengirimnya...katanya setabok pun dia tak kenal...saya tahan je gelak..

Yang kelakarnya dia bungkus balik coklat tu...dia suh saya call pompuan yg kirim coklat ni...dah sah2 la tokey coklat kan..saya kata watpe nk call..dh dia bagi makan je la coklat tu..Maira masa tu dh ngadap coklat tu..mau tak geram kan tgk comey sgt..


Pastu somi saya kata tak elok la mkn coklat yg ntah dari sape2..bende mkn ni jgn main2..saya dh tak tahan gelak pastu terus je jerit...haaaaaa...kan dah kena....terus somi saya terdiam dan ckp dh agak dah...ni mesti keje awakk ni...hahahahaha...katanya dia takde secret admirer la....saya kta tp tetap gak terkena dahhh......hahahahahaha...

Ni baru first time sebenarnya saya wat kejutan gini..seronok plk bile menjadi...hihi..oppsss..lupe nak bgtau harga coklat ni RM50 termasuk kos pembungkusan dan pos..sedap tau coklat ni...kat dalamnya ada crunchy2 gitu...orang yg paling seronok makan colat ni sape lagi kalau tak yg dalam gambar tu...Maira la...hihi

Ada ape dengan kangkung

$
0
0
Beberapa hari lepas bukak2 jer fb terkejut saya tgk apehal semua dok pos pasal kangkung ni..srg nk goreng kangkung..pastu srg lagi pun nk msk kangkung...pastu sampai terkeluar gmbar beger MC Kangkung la...isshh...nape plk ni...makin suspen...



Rupanya video ni la puncanya..korang tgk dan nilai sendri la ye..mls la nk komen2 ni...cuma nk kata macam la kite ni hari2 mkn kangkung...padanlah ramai wat status psl kangkung rupanya status sindiran la tu....sendri mau ingat..



Rakyat Malaysia ni mmg kreatif...tak caye korang layan video kat bawah ni pulak...adohai....



Jadi trending utama la kangkung kat mana2...femes uuu..




Isteri yg bekerja tolak disetubuhi tak dilaknat

$
0
0
"Tangggungjawab mencari nafkah untuk keluarga terletak sepenuhnya atas bahu suami, dan isteri tidak diwajibkan mencari nafkah. Justeru, apabila isteri reda bekerja mencari nafkah bagi membantu suami melaksanakan tanggungjawabnya, sudah tentu suami perlu bertolak ansur. "

"Mustahil Allah dan malaikat akan melaknat isteri yang bekerja siang dan malam bagi membantu suami membina keluarga sempurna. Sebaliknya, suami yang gagal meringankan kerja isteri sepatutnya dihukum. "


sumber dari FB

Asyraf bersama ustaz2 Mimbar Pencetus Ummah

$
0
0
Seronok Asyraf dapat bergambar dengan ustaz2 peserta akhir Pencetus Ummah...pada sape yg belum tahu Asyraf pun ada join sebagai pemuzik undangan di Pencetus Ummah akhir..masa episod ke3,4 pun dia ada turut serta..dia join bukan under sekolah tp dia kini mmg salah seorang dri anggota kumpulan pemuzik Art OnBeat Drum Circle di bawah pimpinan Hafiz Udu yg juga dulu adalah salah seorang anggota kumpulan nasyid Algebra..(Nomad pun dulu bekas anggota nasyid Algebra)

Alhamdulillah setakat ni byk juga show yg Asyraf dh dapat join terutama di TV Al Hijrah..bru2 ni sesi rakaman utk Qari Junior di TV3..


Bersama PU Hafiz juara Pencetus Ummah musim pertama...dia mmg layak jadi juara..


Bersama PU Rahmat...saya suke betul dgn Rahmat ni walaupun dia masih muda berusia 20 tahun tp dia sgt bagus...dapat menjadi contoh dan idola kepada anak2 muda..Asyraf mmg minat sgt la kat dia...lagi dia seronok bila Rahmat sendiri kasi kotnya suh pakai....dapatlah dia amik aura Rahmat tu..Inshaa Allah...


Bersama PU Yeop ustaz Perak yg selalu wat lawak..nyerongeng2 juga...moh kite beramal..


PU Shahul ustaz Kedah yg best...sempoi...

Apam aiskrim homemade

$
0
0
Dah beberapa hari tak update blog..bile dh start je cuti mulalah malas nk mulakan balik..adoii...
Minggu  lepas atas permintaan my sweety Maira nak sgt suruh mamanya buatkan apam aiskrim...puncanya dia ternmpak kt google la..

Mamayer pun dgn penuh keyakinan nk le try jugak buat demi anak nak mkn kan...bahan2 pun sng je dn mmg dah ada pun kat umah cuma kena beli air aiskrim soda je la...gigih la menggodek tutorial nk buat kon aiskrim dan cri resepi apam aiskrim ni...

Tadaaa..ni la hasilnya...mak oiii..betapa tak comelnyer apam aiskrim saya ni..dh ler tak sama saiz..mmg tak berbedung betul la tgn saya ni..Maira pun buat jgk kon tu..yg saiz kecik2 dia punyalah tu..ok la kan..yg penting apam ni mmg gebu gebas..


Apam saya ni kat atasnya ada yg merekah..rasanya sbb kukus terlebih masa kot atau pun api besar...kalau nak sedap dan comel kat atas tu bolehlah letak coklat dan tabur kekacang yg telah dipanggang..


Maira punya keje dia amik nutella dan sapu atas apam tu..


Nyum..nyum..mmg sodap



Kon saya tak buat byk..jadi lebihan adunan tu saya letak je dalam cup...pastu letak nutella dan tabur coklat rice...sodap la...


Sape nak try boleh terjah blog Masam Manis sbb kat sana ada juga Kak Ita kasi tutorial nak buat kon aiskrim tu...

Resepi asal dari blog Masam Manis

3 cawan tepung gandum ~ diayak
4 biji telur
2 cawan gula kastor 
3/4 cawan air ice cream soda
1 sudu teh perasa rose 
Pewarna
Kon kertas secukupnya(boleh guna kertas pembungkus burger atau nasi lemak)
Coklat masakan gelap secukupnya ~ dihiris halus
Kekacang/ coklat rice / coklat cip atau manik bewarna


Pukul telur dan gula hingga, putih, kembang gebu dan ringan ~ anggaran 5-7 minit
* tambahkan 1 sudu teh ovalate jika nakkan adunan apam yang lembut 
Masukkan tepung yang dah di ayak kan kaup balik hingga rata.
Tambahkan air aiskrim soda dan gaul rata.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dalam mangkuk berasingan
Letakkan pewarna dan perasa yang anda suka.
gaul hingga adunan, pewarna dan perasa bergaul sebati

Bahagiamu Deritaku Juara AJL28

$
0
0
Sudah dijangka kemenangan AJL28 akan berpihak kepada lagu Bahagiamu Deritaku....lagu tu mmg serasi dgn vokal Hafiz yg mantap...


Dibawah ialah senarai penuh para pemenang di Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28)

Juara Lagu Ke 28

Hafiz Suip – Bahagiamu Deritaku

Komposer & Penulis Lirik – LY & Baiduri


Naib Juara Lagu Ke 28

Hyper Act – Hanya Aku

Komposer & Penulis Lirik – Hyper Act & Frozen


Tempat Ketiga Juara Lagu 28

Awi Rafael & Altimet – Kalau Aku Kaya

Komposer & Penulis Lirik – Omar K, Audi Mok & Altimet


Persembahan Terbaik

Hafiz Suip – Bahagiamu Deritaku


Vokal Terbaik

Jaclyn Victor – Ikut Rentakku

Tonton online bukan kerana aku tak cinta

$
0
0
Baru terjebak dgn cite ni disebabkan tgk ramai benor kwn2 update status fb psl Jebat dan Mastura...Ingatkan cite ape la...rupanya channel Astro Mustika HD utk drama ni saya tak amik  pun ..saya cuma amik channel Astro yg basic je..Jadi saya pun carilah cara untuk tonton online...nk tgk sekali klik link kat bawah...drama adaptasi dari novel semuanya meletop2 kan...




Sinopsis 

Bukan Kerana Aku Tak Cinta mengisahkan seorang lelaki berdarah campuran Melayu-Cina berhijrah selepas melakukan banyak kejahatan sebelum ini. 

Ahmad Ziyad Jebat, dibesarkan keluarga gengster selepas ibu bapanya mati dibunuh. Bagaimanapun, Jebat berubah selepas satu kejadian dan bertemu pula dengan abangnya, Wahab. Ketika berhijrah, tidak pernah terlintas di hatinya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya. Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati menarik hati Mastura iaitu adik ipar majikannya, Uwais. Pelbagai cara dilakukan Mastura untuk menarik perhatiannya sehingga Jebat rimas. 

Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak berputus asa. Jebat tidak pernah menyangka gadis cantik, kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang mempunyai parut di bahagian mata. Selepas berkahwin dengan Mastura, satu persatu rahsia Jebat terbongkar. 

Dapatkah Mastura menerima Jebat selepas mengetahui suaminya dulu bekas gengster, kaki judi, minum arak, kaki perempuan dan segala macam kejahatan pernah dilakukan Jebat? Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta sarat dengan konflik menyentuh perasaan. 

Kisah seorang cucu Tan Sri yang tergila-gilakan bekas ketua gengster menjadi paparan, bagaimanapun konflik mereka dilihat lebih menarik apabila diterjemahkan. 

Iklan ape di kiri dan bawah blog?

$
0
0
Dua tiga arini ni saya sedikit musykil bile bukak blog ada iklan ape ntah kat bahagian kiri sidebar dan bawah blog..iklan apekah itu...saya try bukak blog kengkawan lain ada jugak yg bertenggek iklan tu dan ada yg tidak...

Rsa dh makin berserabut plk blog saya ni bile sana sni ada floating ads tu..duk ngikut je bile kite scroll ke bawah...pastu kaler utk background entry saya pn dah ilang..

Ada cara ke utk hilangkan...??

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014


Bila anak teringin nk makan karipap

$
0
0
-Ini cerita petang semalam-

Bila anak teringin nk makan karipap..mamanyer pun terpaksalah merajinkan diri buat karipap...walaupun x brp nk pandai namun jenuh ku intai2 resepi di google..hihi..mcm la payoh benor nk wat karipap ye...



Giveaway 5K Dunia sebenar Shida

$
0
0

http://www.duniashida.com/2014/02/giveaway-5k-dunia-sebenar-shida.html
Dijemput semua memeriahkan lagi Giveaway 5K Dunia sebenar Shida (klik banner untuk join) dengan hadiah yang cukup banyak dan lumayan serta syarat sangat mudah. Terima kasih juga kepada para Penaja yang sudi menaja untuk giveaway kali ini dan mereka adalah :

Kategori Blogger : 
Kategori Onlineshop :

Apek & Leuniey Timang Cahaya Mata Perempuan

$
0
0
Tahniah diucapkan buat Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Natasha atas kelahiran cahaya mata sulung mereka....baby girl...







Surirumah pekerjaan yg mulia

$
0
0
Bersabarlah wahai isteri, sesungguhnya pekerjaan yang paling banyak mendapat pahala adalah menjadi suri rumah, pahalanya melebihi segala pekerjaan di dunia.


Hampir 11 tahun saya berkhidmat sebagai surirumah dan sikit pn tak pernah rasa menyesal dan jemu..malah saya rasakan  amat bertuah kerana diberi peluang utk membesarkan anak didepan mata dgn tgn sendiri dan menguruskan rumahtangga sdri...inshaa Allah moga diberkati segalanya...


Ariana Rose episod 24 yg touching

$
0
0
Akhirnya setelah melalui pelbagai dugaan Adam dan Ariana telah pun selamat dinikahkan semalam...Ni kisahnya cite Ariana Rose...sape yg tgk tau lah kan jalan citenya...

Semalam punya episod touching betul la...tetiba plk saya yg menjiwainya...padahal  cite je tu..mau tak touchingnya kan bile tgk si Adam tu menangis...aiyooo bukan sng nk tgk hero menangis...Ariana tak tau sape bakal suaminya sekali tgk2 mmg org yg dicintai...

Tapi kan episod semalam belum yg akhir..rasanya masih ada 4 episod lagi..si Liyana lakonan Nabila Huda tu jahat giler tu belum ada kesudahannya...

Ni la scene yg paling touching..mudah mudahan dengan lakonan sebagai seorang muslim ni akan terbuka la hati Keith Foo (Adam) utk memeluk agama Islam..




Link utk tgk episod (24) scene mereka bernikah


Ni link kalau nak tgk episod penuh


Ni link utk sinopsis


Viewing all 401 articles
Browse latest View live